Want your
own Fotopage?








 
Azman's FotoPage

By: Azman Ayup

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Saturday, 13-Mar-2010 17:47 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Suzana & Zabri

Suzana & hubby
 
 
 
 
 
 
Majlis perkahwinan Suzana dan Mohd Zabri ini diadakan di rumah pengantin perempuan di Felcra Lembah Kesang, Merlimau, Melaka pada 3 Mac 2010. Tahniah. Semoga kekal hingga ke akhir hayat...

Following my own monitoring, thousands of persons all over the world receive the loans from various banks. Therefore, there's great possibilities to get a sba loan in every country. Sat 5-Nov-2011 17:20
Posted by:personal loans  - [Link]
Add comment


Saturday, 4-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Makan Ikan Bakar Lagi..

Pemandangan sekitar medan ikan bakar...
Bot-bot nelayan di tepi sungai.
Gerai jualan keropok pun ada..
Pilih makan laut yang berkenan..
Ikan yang dipilih dibakar...
Harga makan laut dipaparkan...
View all 12 photos...
Pada 4 Oktober 2008, aku sekeluarga, keluarga Zaki, keluarga Yunus dan mak mertua, Hajah Munah makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai. Memandangkan gerai yang kami selalu pergi tu tutup, kami cuba di gerai lain. Gerai lama ni terletak bersebelahan dengan gerai baru cuma dipisahkan dengan sebatang sungai. Orang pada malam ini memang ramai. Kami bernasib baik sebab sempat 'order' dulu. So, tak banyaklah masa menunggu.

Add comment


Friday, 3-Oct-2008 03:31 Email | Share | | Bookmark
Menyambut Syawal 1429H

Bergambar bersama ibu mertua, Hajjah Munah bt. Senin
Bergambar sekeluarga..
Bergambar sekeluarga juga..
View all 20 photos...
Tahun ini menyambut Syawal agak berbeza seperti tahun-tahun lalu. Sudah 13 tahun menyambut Syawal, dimulakan dari rumah di Alai kemudian ke Bukit Palah awal pagi tapi kali ini agak lewat. So mulakan dengan bersalam-salaman dengan keluarga ibu mertua, kemudian sembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Alai, menziarahi kubur arwah bapa mertua dan kubur arwah nenek serta terus ke rumah ayahanda dan bonda di Bukit Palah. Walaupun berbeza, tetapi aku rasa tidaklah terkejar-kejar. Hikmahnya dapatlah bergambar dengan saudara-mara di sebelah ibu mertua.

Add comment


Friday, 22-Aug-2008 08:33 Email | Share | | Bookmark
Meraikan Hari Lahir Muhammad Arif di Pedas Wet World

Arif dengan Ifa bersantai..
Ifa bergaya di atas pelampung..
Arif di atas pelampung..
View all 24 photos...
Dah lama aku tak kemaskinikan blog ini. Pada 22 Ogos 2008 yang lalu, kami sekeluarga merancang untuk meraikan hari lahir Muhammad Arif yang ke-12 di Pedas Wet World. Kami bertolak lebih kurang pukul 8.00 pagi. Kami sampai pukul 9.30 pagi. Kat sini makanan tidak boleh dibawa masuk. So kenalah beli...Bukan main seronok bebudak ni dapat main air, maklum le dah lama tak dibawa bercuti...

Add comment


Wednesday, 31-Oct-2007 13:59 Email | Share | | Bookmark
Bergambar di Hari Raya

Bergambar sekeluarga bersama emak dan abah..
Gambar kami sekeluarga.
Aksi 4 beradik di hari raya.
View all 9 photos...
Bergambar kenangan di Hari Raya Aidilfitri. Syukur kehadrat Allah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, dapat beraya bersama kedua orang tua.

There are many cheap <a href="http://www.airjordan6shoes.com/">jordan retro 6</a> on the <a href="http://www.airjordan6shoes.com/">jordan 6</a> online outlet, and the other <a href="http://www.airjordan6shoes.com/">air jordan 6 rings</a> also there Wed 19-Oct-2011 08:21
Posted by:jordan 6  - [Link]
Add comment


Wednesday, 22-Nov-2006 09:50 Email | Share | | Bookmark
Makan Ikan Bakar di Crystal Bay, Alai

Arif dan Arifah berselera makan ikan bakar..
Pengunjung yang datang ke gerai ini juga boleh tahan...
Yang ni sementara menunggu pesanan...boring jer..
View all 6 photos...
Hari Sabtu, 18 Oktober 2006, kami sekeluarga menjamu selera di Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai. Kami ke gerai no. 3 iaitu Gerai Haji Musa. Di sini banyak pilihan. Lokasinya tidak sukar dicari. Jika dari bandar Melaka, ianya menghala ke selatan. Terletak di antara Alai dengan Telok Mas, di sebelah kanan.

Di Melaka ni, tak susah nak cari medan ikan bakar. Selain Crystal Bay, Alai, Medan Ikan Bakar Umbai, Serkam dan Anjung Batu adalah di antara yang popular.

Kepada orang yang datang dari luar Melaka, aku nak nasihatkan kalau nak makan ikan bakar ramai-ramai terutama cuti sekolah ni, baik tempah dulu. kalau nak makan malam, sebelah petang, lebih kurang pukul 6.00 petang, dah boleh tempah. Kalau tidak, jawabnya terpaksa menunggu lama.

Antara yang suka ialah sotong goreng tepung, udang dan ketam goreng.Nur Arifah, anak aku sukakan ikan sweet & sour, Nur Hamizah dan Muhammad Alim sukakan udang manakala Muhammad Arif suka semuanya.

Add comment


Tuesday, 14-Nov-2006 06:05 Email | Share | | Bookmark
Masjid UMS di Sabah

 
Foto Masjid UMS ini dirakamkan semasa lawatan ke Universiti Malaysia Sabah...

LAWA JUGA MASJID UMS NI KAN....
http://situkang-gambar.fotopages.com
Tue 14-Nov-2006 07:51
Posted by:sba  - [Link]
Add comment


Friday, 10-Nov-2006 14:15 Email | Share | | Bookmark
Arifah Terima Hadiah

Masam jer...
Senyumler sikit
Inilah hadiahnya, walaupun kecil tapi ianya amat bererti..
View all 5 photos...
Pada 9 November, Nur Arifah Adlina terima hadiah kerana mendapat tempat pertama dalam kelas SRK Agama Datuk Palembang, Melaka. Beliau dalam darjah 2. Selain mendapat tempat pertama, beliau juga mendapat markah tertinggi untuk Pendidikan Agama dan Jawi. Semoga kau terus berjaya...

Add comment


Friday, 10-Nov-2006 14:15 Email | Share | | Bookmark
Kereta Aku Terlibat Kemalangan

Kereta Proton Iswara Aeroback ini remuk teruk...
Kereta Proton Waja ini kemik di bahagian belakang..
Kereta aku ni rosak bumper...
View all 6 photos...
Pada 6 November 2006, kira-kira jam 7.25 pagi sewaktu aku dalam perjalanan ke tempat kerja dan untuk menghantar anak ke sekolah, kereta yang aku naiki telah dilanggar dari belakang. Kejadian ini berlaku di Jalan Alai-Kandang di Melaka. Kemalangan ini melibatkan 3 buah kereta dan mujurlah tiada kemalangan jiwa berlaku. Yang menariknya, semua pemandu saling kenal-mengenali antara satu sama lain kerana pernah berjumpa dalam beberapa mesyuarat sebelum ini...

Salam. Nasib baiklah saling kenal. Senang nak settlekan. Mon 13-Nov-2006 14:09
Posted by:stROZze  - [Link]
Add comment


Friday, 10-Nov-2006 13:42 Email | Share | | Bookmark
Muhammad Arif Wakili KESUMA

Bergambar sebelum berenang...
Disusun kedudukan lorong oleh urusetia...
Bersedia warm up...
View all 12 photos...
Foto-foto ini adalah berkenaan Muhammad Arif yang mewakili Kelab Renang KESUMA MBMB dalam 2 acara iaitu 50M Free B11 Boy (Novice) dan 50M Breast B11 Boy (Novice) dalam Kejohanan Renang Sukan Teras Negeri Melaka 2006 bertempat di Kolam Renang MBMB di Banda Hilir pada 23 September 2006. Walau bagaimanapun beliau tidak berjaya mewakili kelab untuk pertandingan peringkat zon selatan. Takpe cube lagi...

mcm acara bina badan je..hihihih Wed 22-Nov-2006 06:05
Posted by:9085
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com